Tuesday 18 September 2012

Kisah Arwah Yasmin Meninggal


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Sebelum ni, aku ada post tentang pemergian blogger remaja, Yasmin J Hunwick akibat cedera parah di kepala . Kali ini aku nak ceritakan pula bagaimana berlakunya kemalangan itu(bagi yg belum tahu).

Arwah bersama 2 orang rakannya tanpa memakai helmet menaiki sebuah motosikal Yamaha Nouvo, arwah Yasmin yang menunggang.  Mereka dirempuh oleh sebuah van yang dipercayai van pelancong yang gagal mengelak mereka apabila mereka sebaik sahaja membuat U-turn di simpang lampu isyarat di Kampung Padang Gaung dimana lebih kurang 100 meter dari rumah mereka di Taman Medan Berjaya di Langkawi. Kejadian berlaku kira2 pada jam 12 tengah malam. Cedera parah pada bahagian badan dan kepala mengakibatkan mereka bertiga maut dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian. Walaubagaimanapun, kepala arwah Yasmin tidak pecah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak. 

Kesimpulannya, berhati-hatilah ketika menunggang motosikal. Pakailah helmet dan "buckle up" atau ikat tali tu bagi yg pakai helmet MS. "Ingatlah orang yang tersayang". 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...