Saturday 15 September 2012

Yasmin J Hunwick


Assalamualakum n salam 1 Malaysia. Selamat Hari Malaysia juga saya ucapkan. Best dapat cuti hari ni n dah masuk 5 hari aku cuti sekolah. Apa yang ak nak cakap hari ni, kenal x hampa ngan gadis di atas ni?? Kenal x? Kenal kan? X kenal? Biaq betoi? Ok xpa..
Nama sebenar dia Yasmin Johan Eusoffe(nama ayah aku Yusoff, ejaan ja lain..:P). Nama glamour dia Yasmin J Hunwick. Umur dia 17 sama ngn aku. Tempat asal dia Georgetown, Penang n dia menetap di Langkawi xlain n xbukan di Kedah(aku dok Jitra). Tapi.... tuhan lebih menyayanginya.........

Dia meninggal sebab xcident 3 Jun 2012. Satu petikan diary yang ditulis oleh ibu arwah. 

"Saya amat terhutang budi kepada Pn. Zira kerana melafazkan ucapan dua kalimah syahadah kepada arwah, beliau memangku arwah dalam keadaan masih bernyawa dan mengajar arwah mengucap, setelah tiga kali Pn Zira lafazkan syahadah, mulut arwah masih terkumat-kamit sehinggalah hembusan nafas yang terakhir. Dan beliau terus meninggal kita. Menurutnya, arwah pergi dengan keadaan yang cukup tenang seperti tiada kesakitan. Inilah saat yang menenangkan kami serta berasa bersyukur kerana anak kami meninggal sambil menyebut kalimah Allah. Itu terlalu besar buat kami. Menurut Pn Zira, kepalanya tidak pecah seperti didakwa oleh setengah pihak cuma darah banyak keluar dari kepalanya. Nauzubillah.. sakitnya anak kami...:'("

Itulah yang dapat aku petikkan daripada fb arwah. Dapat kita bayangkan situasi dan kesakitan yang dialami oleh arwah. Arwah seorang yang periang, blogger dan PEMAIN PIANO. Aku juga dambakan seorang gadis yang pandai bermain piano. Dan dia juga berdarah kacukan melayu-inggeris. Semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yg beriman. 

2 comments:

  1. al-fatihah utk arwah jasmin j hunwick

    semoga roh arwah dicucuri rahmat ilahi.

    mudah-mudahan dipermudahkan oleh Yg Maha pencinta utk arwah jasmin menghuni syurgaNYA

    insyaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...