Sunday 22 July 2012

Sakit Kepala?


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sakit Kepala? Aku nak berkongsi serba sedikit tentang akibat dan penawar bagi sakit kepala.

Akibat sakit kepala :


  • Kopi – sekiranya anda sakit kepala pada waktu pagi setelah tidur lewat malam, ia mungkin menandakan penarikan kafein.
  • Komputer – berhenti setiap 20 minit untuk meregangkan leher dan belakang anda.
  • Silau – keletihan mata 
    • boleh buat anda sakit kepala. Elak keletihan mata dengan meletakkan lapisan anti-reflektif pada cermin mata dan anti-silau pada monitor anda.
    • Makan dan minum – jarak yang panjang antara masa makan boleh menyebabkan sakit kepala. Juga pastikan anda minum air secukupnya.
    • Relaks – sakit kepala cenderung menjadi teruk dalam usia 30an dan 40an anda. Ini mungkin kerana stres, tekanan dan ini adalah masa yang sibuk dalam kehidupan.
    • Ubat – sesetengah sakit kepala adalah kesan sampingan pengambilan ubat tertentu. Jangan berhenti makan ubat yang dinasihatkan oleh doctor tetapi anda sentiasa boleh bertanya andai ada pilihan lain.
Penawar bagi sakit kepala :

1. Belajar untuk beristirehat
2.Singkirkan stres dengan merancang aktivit-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan keluarga anda   membantu anda.
3. Bersenam selalu.
4. Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang.
5. Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.
6. Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.
7. Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.
8. Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.
9. Periksa mata anda dengan doktor pakar.
10. Banyakkan aktiviti bersama keluarga anda.
Sekian, wasalam..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...