Friday 20 July 2012

Ramadhan sudah sampai maa

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana limpah kurniaNya, kita masih hidup dengan sihat sehingga dapat kita merasakan lagi nikmat dan suasana di bulan Ramadan Al-Mubarak yang penuh mulia ini. Sekarang ni pun dah terasa kemuliaannya kerana ramai orang dah pergi ke masjid untuk menunaikan solat magrib dan solat sunat tarawih. Bunyi letupan dan dentunam mercun pun sudah kedengaran sejak malam semalam. Mesej2 puasa pun dah banyak aku terima daripada insan-insan yang tersayang. Mak pun dah tanya nak makan apa untuk sahur pagi esok. Aku ok ja, asalkan sedap-sedap untuk sahur yang pertama kalinya. Haha! Sebenarnya kita perlu bersyukur atas apa-apa sahaja rezeki yang dikurniakan. Bagi aku, bangun minum air pun dah cukup. Cuba kita renung2.. Saudara kita yang kurang bernasib baik tak dapat merasakan hidangan yang sedap2 macam apa yang kita makan. Nak makan masa sahur tu, makan la makanan yang memberikan tenaga kepada kita untuk melakukan kerja2 seharian. Bila berbuka pulak, makanlah seperti Rasulullah SAW ajar kepada kita. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang. Jadi, bila dah berbuka mulakan dengan buah tamar terlebih dahulu. Ianya satu sunnah dan ingat! Berhenti sebelum kenyang. Takut nanti berat perut pulak nak ke masjid untuk tarawikh. Ingat juga apabila membeli-belah di bazar ramadan, beli kuih2 tu sikit2 je la, dan ingat juga masakan yang dah dimasak di rumah. Kalau bajet lebih, banyak2kan la bersedekah. Ok baik! Setakat ini sahaja coretan aku untuk permulaan bulan ramadan. Selamat menjalani ibadah puasa. Sekian, terima kasih. Wasalam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...