Monday 30 July 2012

iPhone 3G


Assalamualaikum n salam sejahtera. Sebelum ni aku pernah post mengenai 3 objek yang diidamkan iaitu iPhone, Yamaha R1 dan Audi R8. Alhamdulillah, sekarang ni dah masuk hari yang ke 7 aku guna iPhone. Hp ni hp abang aku sebenarnya, dia nak jual kat orang dah. Tapi buyer tu duduk jauh dari sini dan dia nak amik dengan harga RM500. So, abang aku pun deal la. Sebelum hp ni dijual, aku minta nak guna dan abang aku bagi guna. Semalam aku tanya dia hp ni ada orang nak beli ke tak, dia kata tak confirm pulak. Pastu dia tanya aku nak beli ke tak hp ni kat dia. Aku fikir balik baik aku beli baru sebab hp ni dia dah lama guna. iPhone 3G ni kemera dia tak boleh rakam dan tak ada flash. Tapi macam mana pun aku memang suka sangat hp ni walaupun banyak kekurangannya. Aku bersyukur sangat walaupun hanya sementara sahaja. "Atleast, its better than nothing", my mom said..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...