Friday 7 September 2012

Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat

Gambar hiasan

Assalamualaikum. Secara umumnya apabila seseorang itu bersolat, pandangan yang sepatutnya ditumpukan ialah pada bahagian bawah seperti bahagian atas sejadah. Namun cara itu berbeza kerana ada yang gemar memejamkan matanya ketika solat. Hal yang demikian pernah dibahahaskan oleh para ulama. Namun, apakah hukumnya memejamkan mata ketika bersolat?

Sebahagian ulama mengatakan bahawa memejamkan mata hukumnya ialah makruh. Tetapi bagi Imam Ibnul Qayyim mengatakan bahawa apabila membuka mata tidak mengurangi khusyuk maka itulah yang sepatutnya. Jika ada yang mengurangkan khusyuk seperti terpandang hiasan2 yang membimbangkan nescaya tidaklah dimakruhkan memejamkan mata malahan disunatkan.

Tujuan solat pada asasnya melakukan pengabdian sepenuh hati dan penuh ihlas kepada-Nya.Sekiranya memejamka mata adalah merupakan jalan atau cara yang sesuai untuk itu maka lakukanlah, demikian juga sebaliknya..:)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...