Pada hari ini saya dapat satu ilmu baru iaitu kesilapan peribahasa Melayu apabila bahasa jawi dirumikan. Kesilapan pertama ialah pada peribahasa 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Mana logiknya? Mana ada orang pagarkan kawasan padi. Rupanya, yang betul ialah 'Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi'. Pegar adalah sejenis burung yang diharapkan menghalau tikus dan haiwan perosak. Tetapi burung pegar tu pula yang makan padi.
Peribahasa kedua ialah 'melepaskan batuk ditangga'. Apa kaitan melepas batuk dengan buat kerja sambil lewa? Rupanya yang betul ialah 'melepaskan BATOK di tangga'. Batok adalah alat yang dibuat dari kayu dan tempurung bagi menceduk air dalam tempayan. Orang dulu-dulu basuh kaki sebelum masuk rumah. Tetapi batok itu dilepaskan, tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya. Maka itulah namanya kerja sambil lewa.
No comments:
Post a Comment